Thursday, April 9, 2009

Grafik, Audio dan Video



Grafik

Pada pandangan saya, grafik merupakan paparan,gambaran,sesuatu yang dapat dilihat atau lukisan. Grafik sesuatu yang indah kerana setiap grafik mempunyai makna atau maksud sesuatu. Contohnya grafik menunjukan individu menangis di kawasan perkuburan yang membawa maksud sedih, contoh lain grafik menunjukkan individu melompat sambil menggenggam ijazah yang bermakna gembira dan sebagainya. Contoh grafik ialah foto, dan lukisan.

Audio

Audio pula merupakan suatu sistem bunyi. Samada bunyi yang didengar, dirakam menggunakan alat perakam. Audio dapat didengar menggunakan speaker, alat pembesar suara dan sebagainya.Kita semua mendengar melalui deria pendengaran iaitu telinga. Antara format bunyi ialah mp3, amr dan lain - lain lagi. Pelbagai bunyi dapat kita dengar seperti bunyi orang bercakap, menyanyi, kicauan burung dan sebagainya.


Video

Video adalah alat teknologi yang memaparkan gambar yang boleh bergerak dan mempunyai bunyi. Video selalunya dikaitkan dengan alat perakam video dan video tape. Video mempunyai pelbagai format seperti flv, rmvb, avi, 3gp dan sebagainya.

Tuesday, February 24, 2009

Saturday, February 7, 2009

Saturday, January 31, 2009

Penggunaan multimedia dalam bidang politik dan bidang pendidikan





Politik Hari ini penggunaan multimedia dalam bidang politik amat meluas. Sama ada digunakan oleh parti-parti politik mahupun oleh individu-individu yang terlibat dalam dunia politik. Penggunaan multimedia digunakan untuk menyebarkan fahaman dan ideologi politik masing-masing. Malah menggunakan multimedia untuk menyerang atau menghentam parti atau ahli politik yang berbeza fahaman. Penggunaan multimedia lebih cepat dan mudah untuk digunakan dalam menyebar fahaman politik. Contohnya penggunaan blog, laman web, sms dan sebagainya. Malah ada sesetengah akhbar online parti politik menggunakan gambar pihak lawan yang diubahsuai melalui perisian 'adobe' untuk dijadikan bahan jenaka ataupun bahan untuk menfitnah. Malah mereka juga menjadikan laman web 'you tube' untuk menghantar video mengenai perkembangan politik mereka.

Pendidikan


Dalam bidang pendidikan penggunaan multimedia digunakan di sekolah dan instit
usi pengajian tinggi selepas mendapat ilham wawasan 2020 oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Penggunaan multimedia penting untuk merialisasikan harapan Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. Pada tahun 1997 pelajar-pelajar tingkatan satu sekolah-sekolah projek yang mempunyai makmal komputer dan 21 buah komputer multimedia mengambil matapelajaran Literasi Komputer. Komputer multimedia juga boleh dijadikan 'tutor' yang berkesan. Oleh itu, komputer boleh digunakan dalam bentuk tutorial, dalam tutorial, akan berlaku pelajar didedahkan kepada isi pelajaran, maklumat disimpan secara logik dalam ingatan, dan mengeluarkan semula maklumat secara berkesan pada suatu masa kemudian.
Pada 1998 penubuhan Sekolah Bestari yang berorintasikan teknologi multimedia merupakan langkah awal untuk merialisasikan kurikulum futuristik. Di institusi pengajian tinggi, sebagai contoh Universiti Malaya menggunakan sidang video untuk Pengajian Jarak Jauh. Sistem Aplikasi Teleperubatan universiti berkenaan disambung terus dengan Bandaraya Bestari Putrajaya. Pembelajaran jarak jauh sebegini akan mendapat sambutan hangat kerana ia senang dikendalikan dan fleksibel. Walaupun pendidikan sebegini tertumpu pada bentuk teks, kemungkinan besar pada masa depan bahan pengajaran akan menggunakan video, audio dan animasi, seperti sidang konferensi yang telah mula digunakan.

Penggunaan multimedia bukan sahaja melibatkan bidang politik dan pendidikan semata-mata tetapi banyak lagi bidang lain seperti hiburan, perubatan, pertanian dan sebagainya


Thursday, January 8, 2009

diriku ini


Assalamualaikum...hai kawan-kawan. Nama saya Muhammad Mustakim b Ramli. Tahu tak yang mana satu? ala yang muka iras Shah Rukh Khan tu. Hohohohohoho gurau ja. Saya tinggal kat dpp proton, bilik 403 blok a. Senang-senang singgah la makan cucur kodok. Kat UUM yang permandangan serba menghijau dan hiruk pikuk dengan alunan muzik ska oleh monyet-monyet di hutan ni, saya mengambil program komunikasi. Di sebabkan mempunyai suara yang lemak merdu seperti Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini, maka dengan automatiknya karaoke di pusat membeli belah sebagai hobi saya, selain itu saya juga minat menonton wayang bersama bakal mak mertua saya punya anak. Kerana tepengaruh dengan superhero yang memakai seluar dalam diluar iaitu Superman, saya bercita-cita ingin menjadi wartawan. Yela, Superman kan waktu tak jadi superhero dia jadi wartawan, jadi saya pun nak jadi wartawan la. Kalau boleh jadi wartawan hiburan la, dapat mengorat artis cun. Hahahahaha. Gerenti kena belasah dengan awek pas ni.. Nampaknya hari dah menjelang tengah malam, tidak elok rasanya saya terus menaip, kerana malam bulan penuh macam ni serigala jadian muncul. Ok, jumpa lagi minggu depan dalam rancangan Lu Pikir La Sendiri. Assalamualaikum