Politik Hari ini penggunaan multimedia dalam bidang politik amat meluas. Sama ada digunakan oleh parti-parti politik mahupun oleh individu-individu yang terlibat dalam dunia politik. Penggunaan multimedia digunakan untuk menyebarkan fahaman dan ideologi politik masing-masing. Malah menggunakan multimedia untuk menyerang atau menghentam parti atau ahli politik yang berbeza fahaman. Penggunaan multimedia lebih cepat dan mudah untuk digunakan dalam menyebar fahaman politik. Contohnya penggunaan blog, laman web, sms dan sebagainya. Malah ada sesetengah akhbar online parti politik menggunakan gambar pihak lawan yang diubahsuai melalui perisian 'adobe' untuk dijadikan bahan jenaka ataupun bahan untuk menfitnah. Malah mereka juga menjadikan laman web 'you tube' untuk menghantar video mengenai perkembangan politik mereka.
Pendidikan
Dalam bidang pendidikan penggunaan multimedia digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi selepas mendapat ilham wawasan 2020 oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Penggunaan multimedia penting untuk merialisasikan harapan Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. Pada tahun 1997 pelajar-pelajar tingkatan satu sekolah-sekolah pr
ojek yang mempunyai makmal komputer dan 21 buah komputer multimedia mengambil matapelajaran Literasi Komputer. Komputer multimedia juga boleh dijadikan 'tutor' yang berkesan. Oleh itu, komputer boleh digunakan dalam bentuk tutorial, dalam tutorial, akan berlaku pelajar didedahkan kepada isi pelajaran, maklumat disimpan secara logik dalam ingatan, dan mengeluarkan s
emula maklumat secara berkesan pada suatu masa kemudian.
Pada 1998 penubuhan Sekolah Bestari yang berorintasikan teknologi multimedia merupakan langkah awal untuk merialisasikan kurikulum futuristik. Di institusi pengajian tinggi, sebagai contoh Universiti Malaya menggunakan sidang video untuk Pengajian Jarak Jauh. Sistem Aplikasi Teleperubatan universiti berkenaan disambung terus dengan Bandaraya Bestari Putrajaya. Pembelajaran jarak jauh sebegini akan mendapat sambutan hangat kerana ia senang dikendalikan dan fleksibel. Walaupun pendidikan sebegini tertumpu pada bentuk teks, kemungkinan besar pada masa depan bahan pengajaran akan menggunakan video, audio dan animasi, seperti sidang konferensi yang telah mula digunakan.
Penggunaan multimedia bukan sahaja melibatkan bidang politik dan pendidikan semata-mata tetapi banyak lagi bidang lain seperti hiburan, perubatan, pertanian dan sebagainya
